Artikel

Yayasan CIMB: Aplikasi Be$MART Didik Pengguna Urus Kewangan Peribadi

Yayasan CIMB telah memperlihatkan aplikasi kewangan baharu iaitu Be$MART. Aplikasi ini dilancarkan untuk membantu para pengguna merancang kewangan peribadi mereka.

Antara ciri yang hadir pada aplikasi adalah membolehkan pengguna menjejak amaun belanjawan, kemasikini transaksi, serta pemberitahuan perbelanjaan bulanan. 

Lebih menarik, pada ciri sasaran – aplikasi ini akan memberi panduan berkenaan amaun simpanan yang pengguna inginkan secara harian. Selain itu, aplikasi ini turut hadir bersama notifikasi pemberitahuan kepada pengguna, supaya pengguna lebih peka terhadap penggunaan tunai.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin turut menyatakan aplikasi ini merupakan inisiatif pihak kewangan untuk memperkasakan tabiat pengguna Malaysia pada aliran tunai mereka.

Perihal ini kerana, catatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukkan satu per tiga peratus warga Malaysia pada 2018 tidak memiliki pengetahuan berkenaan penggunaan wang. Berikutan itu, inisiatif aplikasi kewangan sedikit sebanyak mampu membantu pengguna untuk mengetahui lebih lanjut kaedah pengurusan tunai.

Bagi mengetahui maklumat lanjut, pengguna boleh memuat turun aplikasi kewangan Be$MART ini pada Google Play dan Apple Store. 

Muat Turun: Aplikasi Be$MART – Google Play

Muat Turun: Aplikasi Be$MART – Apple Store