Artikel

Indonesia Membangun: Pelawa Syarikat Malaysia Bina Lapangan Terbang Kalimantan

Kerajaan Indonesia sedang giat membangunkan beberapa projek berbilion ringgit.

Projek terbaharu adalah pembikinan lapangan terbang baharu di Singkawang, Kalimantan Barat negara itu.

Kerajaan Tempatan Singkawang mempelawa syarikat-syarikat dari Malaysia untuk membida kontrak tender pembikinan lapangan terbang ini.

Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan Singkawang, Sumastro semasa beliau berada di Sarawak untuk menghadiri sebuah majlis bersama Kerajaan Negeri.

Buat masa ini, Sumastro berkata terdapat lebih 40 syarikat yang telah mengemukakan minat untuk membina lapangan terbang ini, yang dilaporkan harus siap menjelang 2023.

Projek ini dilaporkan akan menelan lebih kurang 4.3 trilion rupiah (RM1.3 bilion).