Japan Airlines (JAL) menafikan laporan bahawa mereka sedang membida untuk beli sebahagian saham di dalam Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bahawa sehingga empat pihak strategik yang sedang membida untuk membeli MAB, ini termasuk tiga syarikat penerbangan, dua daripadanya adalah Qatar dan JAL.
Ini kerana MAB telah mengalami kerugian melebihi RM1.5 bil dalam tempoh dua tahun, iaitu 2017 dan 2018. Sepanjang tempoh sepuluh tahun dari 2009, MAB telah mencatat berbilion ringgit kerugian.
Menurut JAL, mereka bukan membida untuk membeli saham MAB, tetapi sedang menunggu keputusan untuk memulakan kerjasama dengan MAB.