Kerajaan Turkmenistan akan melanjutkan Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dengan Petronas sehingga 2038.
Sebelum ini, kontrak itu akan tamat pada 2028.
Pada 1996, Petronas diberikan PSC selama 32 tahun sehingga 2028 untuk keluarkan gas asli di Blok 1 Laut Kaspian.
Turkmenistan adalah negara keempat terbesar dunia yang ada gas asli, selepas Rusia, Iran, dan Qatar.
Antara sebab Turkmenistan melanjutkan kontrak dengan Petronas adalah kerana Malaysia mempunyai kebolehan yang ketara dalam membentuk produk-produk gas asli yang jauh lebih maju daripada negara lain.
Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sidang media sempena lawatan beliau ke negera berkenaan untuk menghadiri persidangan NAM.