Artikel

2 Juta Rakyat Berpendapatan Rendah Akan Terima Dekoder Secara Percuma

Dekoder Digital Television (DTV) hanya akan diberikan kepada 2 juta isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia, buat masa ini.

Perkara ini diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ada kemungkinan, isi rumah yang sedang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau tergolong dalam B40, tidak akan terima dekoder DTV secara percuma.

Peralihan dari TV analog ke digital akan menggunakan myFreeview Digital TV sebagai pengantara.

Penonton myFreeview Digital TV akan memperolehi 15 siaran TV, dan enam siaran radio secara percuma.

Pada masa akan datang, terdapat pelbagai siaran lain yang akan diberi, juga secara percuma, seperti siaran drama Korea Selatan, wayang Indonesia, dan siaran memasak.