Artikel

RM17 Untuk Netflix Mobile

Netflix melancarkan pelan untuk telefon mudah alih yang dijenamakan sebagai Netflix Mobile.

Perkhidmatan ini akan dikenakan kos RM17 sebulan kepada pengguna.

Pelan ini membolehkan pengguna mengakses kesemua kandungan Netflix menerusi telefon pintar atau tablet pada kadar definisi standard (bukannya definisi tinggi).

Ini bermakna, pengguna boleh menonton kandungan Netflix pada skala 540p. Ini adalah untuk kedua-dua jenis tontonan, iaitu melalui pensriman mahupun muat turun.. 

Menurut Netflix, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menerima pelan ini.