Artikel

Jualan Kenderaan Meningkat 41% Berbanding Tahun Lalu

Jualan kenderaan bagi bulan Mei 2019 telah meningkat naik 41% kepada 60,780 unit berbanding 42,977 unit setahun lalu.

Ini adalah petanda yang baik bagi permintaan domestik dan menggambarkan bahawa ekonomi negara sedang berada dalam situasi ekonomi yang meningkat.

Kadar inflasi bagi bulan Mei 2019 dilihat kekal rendah dan stabil pada 0.2%.

Untuk makluman anda, tempoh bagi Januari-Mei 2019, sebanyak 253,808 unit kenderaan telah dijual dan ini adalah 13% lebih tinggi daripada jualan yang dibuat pada tempoh yang sama tahun lepas.

Kesemua angka ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan melalui sebuah kenyataan pada minggu lalu.