Menurut Moody’s Investors Service – agensi penarafan kredit, syarikat telekomunikasi Malaysia antara yang membayar dividen tinggi kepada kerajaan selain Singapura dan Indonesia.
Moody’s turut mengatakan Malaysia membayar peratusan tertinggi bagi perolehan agregat kepada kerajaan. Sebanyak 20 peratus daripada perolehan syarikat telekomunikasi tersebut telah dibayar kepada kerajaan.
Di Malaysia, dividen kepada kerajaan berjumlah 11.9 peratus daripada perolehan agregat bagi tiga peneraju syarikat telekomunikasi. Kerajaan memiliki kepentingan dalam ketiga-tiga syarikat tersebut:
- Celcom Axiata Bhd,
- Maxis Bhd
- DiGi.com Bhd
Kepentingan ini dipegang menerusi entiti Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah penyeliaan Kementerian Kewangan.
Moody’s turut menjangkakan aliran ini akan berterusan sekurang-kurangnya 2021. Dengan mengambil kira kekurangan aliran tunai bebas, Moody’s tidak menjangkakan syarikat telekomunikasi mampu menjana tunai yang mencukupi dan mengurangkan leveraj (pinjaman modal) yang tinggi.