Menurut tinjauan World Bank Doing Business 2020 atau Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020, Malaysia telah menduduki tangga ke 12 berbanding tangga ke 15 bagi tahun lalu. Prestasi ini dilihat membrangsangkan di mana kedudukan ini meliputi tinjauan ke atas 190 negara ekonomi di seluruh dunia.
Secara jelas, laporan menunjukkan bahawa ekonomi sedang membangun sedang meningkat laju bersaing dengan ekonomi negara maju dalam operasi menjalankan perniagaan.
Penyelidikan menunjukkan hubungan kausal antara kebebasan ekonomi dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berada pada prestasi yang positif. Di mana kebebasan mengenai upah dan harga, hak harta, dan keperluan pelesenan membawa kepada peningkatan dalam pembangunan ekonomi.
Antara aspek yang dinilai adalah berdasarkan kualiti kedudukan keseluruhan perniagaan melibatkan persekitaran ekonomi, daya saing negara, kestabilan makroekonomi, pembangunan sistem kewangan, saiz pasaran, kedaulatan undang-undang, dan kualiti tenaga buruh.
Prestasi kedudukan operasi perniagaan Malaysia ini dilihat membrangsangkan di mana dapat menggalakkan pelaburan serta melonjakkan pembangunan ekonomi negara.
Seterusnya, tinjauan turut mengukur proses lain seperti
- Perolehan permit bangunan,
- Kemudahan elektrik,
- Pemindahan hartanah,
- Penilaian kredit,
- Pembayaran cukai,
- Penglibatan dalam perdagangan antarabangsa,
- Pelaksanaan kontrak dan
- Penyelesaian insolvensi
Muat turun laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020, bagi mengetahui maklumat lanjut.