Artikel

RAM Holdings Jual RAMCI Kepada Experian

Syarikat penarafan tempatan, RAM Holdings telah menjual 33.15% saham mereka di dalam RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) kepada Experian (Malaysia) Sdn Bhd.

Perkara ini diumumkan oleh kedua-dua syarikat pada 23 Oktober 2019.

RAMCI akan dijenama semula kepada Experian, dan proses penjenamaan semula ini akan mengambil masa sepanjang dua bulan.

Experian adalah syarikat maklumat kredit antarabangsa.

Melalui pembelian Experian terhadap RAMCI, ini membolehkan mereka mempunyai kemampuan dalam industri biro pengkreditan di negara ini.

RAMCI ditubuhkan pada tahun 2000, dan merupakan sebuah biro maklumat pengguna dan perniagaan di Malaysia.

Ia membolehkan pelanggan mereka yang kebiasaanya adalah institusi kewangan, untuk mengakses laporan kredit, pengawasan kredit, pengurusan portfolio kewangan dan sebagainya.

Experian mempunyai pelaburan di Malaysia melalui Jirnexu (yang mengendalikan RinggitPlus).

Pembelian RAMCI dapat memperkasakan perniagaan Experian di Malaysia dalam industri pengkreditan dan pengawasan kewangan dengan lebih mendalam.