Artikel

New Zealand Pasaran IKS Baharu?

Industri Kecil & Sederhana (IKS) Malaysia digesa untuk lihat New Zealand sebagai pasaran penting.

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) berhasrat menerokai peluang lebih luas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia dalam sektor halal dan teknologi di New Zealand.

Dalam lawatan kerja beliau ke New Zealand baru-baru ini, Menterinya Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menyaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan sektor swasta daripada Malaysia dan New Zealand.

MoU pertama antara BCA International Sdn Bhd dan Oceania Halal Academy, New Zealand dalam bidang halal, yang akan menawarkan peluang kepada Malaysia untuk menyumber bekalan bahan mentah daripada New Zealand bagi pembuatan gelatin halal di Malaysia.

MoU kedua adalah antara MyProdigy Asia Pacific dan Map My Skills, New Zealand dalam bidang pembangunan bakat. MoU itu dijangka mewujudkan peluang kepada PKS Malaysia untuk menggunakan teknologi baharu dan berasaskan blockchain untuk tujuan pensijilan pembangunan bakat.

New Zealand mempunyai populasi sebanyak 5 juta orang, pada tahun 2018, tetapi mempunyai GDP Per Kapita tinggi, AS$41,000. Ini bermakna, walaupun pasarannya kecil, kebolehan untuk membeli barang adalah tinggi.

Indeks Pembangunan Insan (HD) New Zealand adalah tertinggi di dunia, iaitu sekitar 0.917, memberi gambaran bahawa produk and perkhidmatan yang boleh terjual di pasaran ini harus bernilai tinggi dan mempunyai daya rantaian nilai yang tinggi.