Khazanah Nasional telah mengenalpasti sebanyak empat pelabur untuk menjadi rakan kongsi strategik Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi (MEA) Datuk Seri Azmin Ali.
Rakan kongsi ini dikatakan akan menjadi teras utama untuk memacu pembangunan MAB.
Azmin berkata sebuah mesyuarat lembaga pengarah akan diadakan pada bulan November 2019 untuk menentukan siapa antara empat pelabur ini akan dipilih menjadi rakan kongsi strategik MAB.
Sebelum ini, MAB telah memberi penyata kewangan mereka kepada agensi kredit CTOS.
MAB catat kerugian sebanyak RM791 juta untuk 2018. Ini susulan kerugian sebanyak RM812 juta pada 2017.
Ini bermakna selama tempoh dua tahun, kerugian yang dicatat MAB adalah RM1.6 bilion.
Untuk tahun 2018, pendapatan MAB meningkat 0.8% ke RM8.7 bilion. Jika tolak kerugian sebanyak RM791 juta, anggaran kos MAB untuk tahun 2018 adalah sekitar RM9 bilion dan RM10 bilion.
Ini menjadikan MAB sebagai sebuah syarikat yang memerlukan perhatian tinggi oleh kerajaan.