Artikel

Tun Dr Mahathir: Kerajaan Teliti Undang-Undang Bagi Melindungi Hak Pekerja Ekonomi Gig

Kerajaan Malaysia sedang mengkaji undang-undang mempertahankan hak pekerja.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara cara hak pekerja diperkasakan adalah melalui menghalang majikan daripada menindas pekerja sektor ekonomi gig.

Ekonomi gig adalah aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh individu tanpa majikan dengan menyediakan perkhidmatan mereka kepada orang lain secara sepenuh masa atau separuh masa.

Buat masa ini negara tidak memiliki sebarang garis panduan atau peraturan untuk membolehkan tindakan diambil terhadap majikan yang didapati mengkritik serta menindas pekerja ekonomi gig.

Isu ini mula timbul rentetan permasalahan ekonomi gig seperti FoodPanda.

Kesannya dilihat apabila pekerja sektor ekonomi gig ini tidak mempunyai sebarang peraturan atau undang-undang yang bertepatan dengan skop kerja mereka.