Artikel

Tips Kewangan: Beli Emas Sebagai Pelaburan Sokongan – Rakuten

Emas sentiasa menjadi sebuah aset pelaburan yang diminati ramai pelabur.

Walaupun harga emas turun naik dengan kadar yang banyak di antara pasaran ekuiti dan perbendaharaan, ia tetap memberi nilai intrinsik (stigma yang cenderung pada sesebuah budaya) yang baik berbanding dengan pelaburan yang lain.

Hasilnya adalah, harga pembelian emas terus meningkat 16% sejak Januari 2019 ke US$1,500/auns.

Walaupun angka ini jauh lebih rendah dari harga paling tinggi yang pernah dicapai, iaitu US$1,900/auns, ia tetap meningkat secara stabil sejak kebelakangan ini.

Dengan pasaran kewangan masih lagi bergolak, tiada tanda-tanda yang pasaran ini akan selesai stabil dalam jangka masa terdekat, mungkin melabur dalam emas merupakan antara cara anda boleh lindungi nilai pelaburan dengan baik.