Artikel

KTM Komuter Beroperasi Dengan Jadual Baharu

Perkhidmatan KTM Komuter akan beroperasi menggunakan jadual waktu baharu berkuat-kuasa 16 Julai ini.

Ini dilaksanakan susulan projek menaik taraf sistem dan infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KDVT) yang beralih ke fasa seterusnya.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan jadual baharu itu melibatkan perkhidmatan di Lembah Klang, Komuter Ekspres Seremban dan Skypark Link, manakala perkhidmatan KTM Komuter Utara adalah terkecuali.

Jadual waktu baharu itu boleh dirujuk di laman sesawang rasmi KTMB dan saluran media rasmi KTMB di Facebook KTM Berhad, Instagram ktmbofficial, twitter @ktm_berhad atau Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 untuk maklumat lanjut.