Project Management Institute (PMI) telah mengumumkan 50 projek terbesar di dunia.
Senarai ini menghimpunkan kesemua projek-projek dunia moden yang pernah dijalankan secara bersama, oleh ramai pihak, dalam melaksanakannya.
Berikut adalah senarai 50 projek terbesar di dunia moden:
- Sydney Opera House – Kerana kecekalan arkitek mendefinisikan sesebuah kota
- Operation Flood – Kerana mengubah India menjadi pengeluar susu terbesar dunia, dan memulakan revolusi ekonomi negara itu
- Tengger Desert Solar Park – Kerana membina tembok besar solar di dunia
- Komputer Watson – Kerana menggunakan Kecerdasan Buatan atau AI secara berkesan
- Khan Academy Education Services – Kerana menunjukkan kebolehan pembelajaran atas-talian
- TGV – Kerana memulakan industri keretapi laju Eropah
- Large Hadron Collider – Kerana membolehkan dunia saintifik dipelajari melalui pemecahan atom
- World of Warcraft Interactive Game – Kerana membawa alam permainan video ke suatu platform yang lebih tinggi
- e-Estonia – Kerana membina negara digital pertama di dunia
- Chernobyl Cleanup – Kerana menghentikan bencana nuklear yang teruk. Selama dua kali!
- Bayi IVF Pertama – Kerana melahirkan keajaiban perubatan moden
- Sorek Desalination Plant – Kerana menghentikan kemarau yang teruk
- Projek Harimau – Kerana menyelamatkan sang belang dari terpupus dari dunia
- Star Wars Motion Pictures – Kerana mengilhamkan semula cara membuat efek khas dan mencerminkan konsep buatan wayang yang ditetapkan di luar angkasa
- Wikipedia Online Encyclopedia – Kerana membolehkan ilmu sedunia dikongsikan bersama
- Swat Valley Project – Kerana menyelamatkan anak perempuan dari berhenti belajar, dan memperkasakan wanita di dalam negara yang pernah menidakkan hak wanita secara hakiki
- COSMOS Package Tracking System – Kerana membuka e-dagang dengan mengadakan sistem penjejakan secara masa-sebenar
- Curitiba BRT – Kerana mencetuskan revolusi pengangkutan di bandar-bandar serata dunia
- Vindeby Offshore Wind Farm – Kerana mendemonstrasikan kebolehan adanya cara untuk meraih kuasa angin di atas laut
- Aadhaar – Kerana menggunakan sistem biometrik untuk warganegara India
- Ground Zero Master Plan – Kerana membolehkan New York membaiki dirinya dari malapetaka terbesar yang pernah berlaku di sana
- Atari 2600 Video Game Player – Kerana membawakan permainan video arked ke rumah serata dunia
- Inisiatif Pembasmian Polio Sedunia – Kerana mengetuai revolusi kesihatan awam terbesar dunia sehingga penyakit Polio dibasmi di seluruh dunia
- Panama Canal Expansion – Kerana membesarkan secara mutlak jalan laut untuk menepati permintaan perkapalan dunia
- International Space Station – Kerana menunjukkan kepada dunia bahawa penerokaan angkasa lepas mengatasi politik remeh global
- Rwanda National Unity & Reconciliation Commission – Kerana membolehkan negara itu membaiki dirinya dari bencana teruk yang pernah menimpanya
- Hornsdale Power Reserve – Kerana membuktikan bagaimana satu bateri boleh merevolusikan sektor tenaga boleh diperbaharui
- iPod – Kerana menjadi peranti pertama ke iDunia
- Pesawat 747 – Kerana menjadikan dunia ini lebih kecil dengan adanya jet jumbo pertama
- Set Buku Harry Potter – Kerana menjadikan pembacaan buku untuk kanak-kanak lebih ‘cool’
- MRI – Kerana merevolusikan dunia perubatan dengan cara yang tidak mencederakan pesakit
- Bitcoin – Kerana meletakkan dunia kriptowang di mata dunia dan melahirkan alam blockchain
- Belt & Road Initiative – Kerana melancarkan projek infrastruktur terbesar di dunia – 1,814 projek dan masih berkembang
- Google Search – Kerana mentransformasikan cara kita mencari maklumat
- Walt Disney World Resort – Kerana meletakkan darjah yang tinggi untuk dunia hiburan sekeluarga
- Burj Khalifa – Kerana menjadi tonggak utama dalam mempelbagaikan ekonomi Timur Tengah dan keluar dari sektor gas dan minyak
- Paris Fashion Week – Kerana mentransformasikan industri fesyen menjadi satu acara global
- Alexa Voice Service – Kerana menjadikan alat suara sebagai peranti seharian semua
- Telefon DynaTAC 8000x – Kerana ia telefon mudah alih pertama sektor awam di dunia
- Netflix Streaming – Kerana membuktikan bahawa satu projek boleh mengubah sesebuah syarikat, industri, dan tabiat manusia di seluruh dunia
- Svalbard Global See Vault – Kerana membina polisi insuran terpenting untuk manusia dengan menyimpan benih-benih makanan di tempat yang paling selamat di dunia
- M-Pesa Mobile Microfinancing Platform – Kerana memberikan teknologi boleh alih terbaik di Kenya dan menjadikan negara itu melompat beberapa langkah menjadi ekonomi membangun yang pesat
- Live Aid Concert – Kerana menjadikan dunia filantropi dan dermaan sebagai sebuah acara global
- Toyota Prius – Kerana menjadikan sektor automotif lebih cenderung ke tenaga boleh diperbaharui
- Alibaba Singles Day – Kerana menjadikan hari pembelian e-dagang terbesar di dunia dan sekaligus mengubah corak dan tabiat orang membeli belah secara atas talian
- Human Genome Project – Kerana berjaya mengatasi politik negara dan membolehkan dunia membentuk sel dan DNA manusia secara sepenuhnya
- Matawang Euro – Kerana berjaya mengubah mata wang beberapa negara menjadi satu, secara baik dan efektif, dan secara terbesar yang dunia ini pernah lihat
- Intel 4004 Microprocessor – Kerana mengdemokratasikan kuasa pengkomputeran
- Apollo 11 – Kerana membuktikan konsep pengurusan risiko yang baik, dan membawa manusia ke dunia lain buat pertama kalinya
- World Wide Web – Kerana menghubungkan semua orang kepada semua benda