Artikel

VIDEO: Saat Ahli Parlimen Hilang Dari Dewan Rakyat Sehingga Menyebabkan Prosedur Terhenti

 

Parlimen hari ini tidak mendapat cukup kuorum kerana ahli-ahli parlimen tiada dalam Dewan Rakyat.

Ini bermakna, pada petang Khamis, parlimen mengandungi kurang dari dua puluh enam orang, dari 222 yang dipilih oleh rakyat semasa pilihanraya umum ke-14 tahun 2018.

Mengikut Peraturan 13(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat – Cukupbilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi dua puluh enam orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi.

Jika siapa-siapa ahli menarik perhatian Pengerusi mengatakan tidak cukupbilang, maka hendaklah dipanggil ahli-ahli di luar Dewan Mesyuarat seolah-olah memanggil ahli kerana hendak diadakan belahbahagian.