Artikel

KPDNHEP Perlu Masa Tentukan Subsidi Petrol

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memerlukan lebih masa untuk tentukan subsidi petrol, menurut menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Saifuddin menyifatkan isu penangguhan ini adalah untuk memastikan subsidi yang akan dilancarkan kena tepat pada golong pendapatan rendah, atau B40.

KPDNHEP sepatutnya mengenakan subsidi petrol pada suku kedua tahun ini, tetapi gagal melaksanakannya. Alasan yang diberikan adalah kerana makenisma yang akan digunapakai masih belum dapat disempurnakan lagi.

Namun demikian, Saifuddin yakin pelaksanaan subsidi petrol B40 masih dapat dilaksanakan tahun ini.