Artikel

Halim Saad, Wong Gian Kui – Tawar RM5.2 Bilion Untuk Mengambil Alih PLUS Malaysia

Setelah Maju Holdings, RRJ Capital dan Widad, kini ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad bersama Datuk Wong Gian Kui pula telah menawarkan RM5.2 bilion bagi mengambil alihan PLUS Malaysia Bhd (PMB).

Melihat pada persaingan Halim dan Wong merupakan pihak kelima yang merebut peluang untuk memiliki kesemua kepentingan PLUS ini.

Malah ini bukanlah tindakan kali pertama Halim untuk mendapatkan PMB. Di mana, Oktober lalu beliau bersama Karongsa Private Capital Sdn Bhd telah membuat cadangan kepada Menteri Kerja Raya Baru untuk melaksanakan penubuhan sebuah syarikat amanah lebuh raya di kesemua laluan tol negara ini. 

Tawaran ini untuk membeli kesemua kepentingan ekuiti PMB atau 51% – ekuti yang dipegang oleh Khazanah Nasional Bhd.

Sebelum Halim, minggu lalu Widad Business Group Sdn Bhd yang memiliki Widad Group Bhd telah menawarkan wang tunai RM3 bilion untuk membeli bahagian ekuiti UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memegang PMB sebanyak 51% -49%. Pengasas Widad ialah Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah.