Laman web Kementerian Pengguna, psp.kpdnhep.gov.my tidak berfungsi pada petang Rabu 16 Oktober.
Ini bermakna ribuan rakyat yang ingin menyemak status kelayakan mereka untuk terima bantuan subsidi petrol, di bawah Belanjawan 2020, tidak boleh melakukannya buat masa ini.
Pada Selasa 15 Oktober, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hel Ehwal Pengguna mengumumkan bahawa rakyat boleh menggunakan laman web kementerian itu untuk menyemak status mereka bermula semalam, samada boleh terima atau tidak subsidi petrol untuk tahun hadapan.
Saifuddin berkata bagi mereka yang mendapati bahawa nama mereka tidak tersenarai dalam senarai awal kementerian itu, boleh membuat rayuan kepada pihak berkenaan untuk memastikan tiada rakyat yang tercicir dari menerima subsidi petrol ini.
Akan tetapi, semakan telah dibuat pada petang Rabu menunjukkan bahawa laman web kementerian itu telah gagal berfungsi, buat masa ini, menyebabkan rakyat tidak boleh melakukan semakan.