Artikel

Tabung Haji Raih RM61 Juta Dari Penjualan Aset Bernilai RM1.2 Bilion

Lembaga Tabung Haji (TH) telah menjual aset bernilai RM1.2 bil sepanjang tempoh hingga 30 Jun 2019.

Antara aset yang dijual termasuk saham dan hartanah mereka.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Fuziah berkata penjualan saham, instrumen kewangan, dan hartanah mereka telah meraih keuntungan sebanyak RM61 juta kepada TH.

Sepanjang tempoh 2019, Fuziah berkata nilai ekuiti dalam negara telah meningkat sebanyak RM1.12 bilion kepada RM7.48 bilion sehingga bulan September 2019 dari RM6.36 bilion yang dicatat pada Disember 2018.