Artikel

Syarikat Tenaga Boleh Diperbaharui Bakal Terima RM500 Juta Pinjaman Hong Leong

Syarikat-syarikat yang melibatkan diri dalam perniagaan tenaga yang boleh diperbaharui bakal mendapat pinjaman dari Hong Leong Bank.

Menurut Hong Leong, mereka telah memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta dalam usaha membenarkan syarikat seperti ini mendapat pinjaman dari mereka.

Ini adalah antara usaha Hong Leong untuk memperkasakan industri tenaga boleh diperbaharui untuk terus dilestari di Malaysia.

Bank ini berkata, angka RM500 juta ini adalah akan disasarkan untuk pinjaman sepanjang tempoh empat tahun, dari 2020 hingga 2024