Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) menggesa kerajaan untuk perkenalkan cuti paterniti, atau cuti untuk bapa sekiranya mendapat cahaya mata.
WAO berkata Malaysia antara negara yang mempunyai peratusan pekerja wanita terendah di Asia.
“Inisiatif (belanjawan 2020) dialu-alukan kerana penglibatan wanita dalam tenaga kerja di Malaysia berada pada paras 55.8 peratus, berbanding 80.9 peratus penglibatan lelaki. Peratusan ini adalah antara peratusan terendah dalam kalangan negara Asia Tenggara,” kata WAO.
Ini susulan kerajaan menyatakan bahawa mereka akan memberkenalkan inisiatif dan insentif [email protected] bagi wanita yang ingin kembali bekerja, RM 30 juta untuk kemudahan pusat jagaan kanak-kanak, dan 90 hari cuti bersalin.
WAO juga berkata, ramai wanita meninggalkan pekerjaan mereka kerana beberapa faktor.
“Ramai wanita di Malaysia yang meninggalkan pekerjaan tidak kembali bekerja selepas (melahirkan anak), tidak seperti wanita di Jepun dan Korea Selatan,” tambah WAO.
Untuk menggalakkan lagi penglibatan wanita dalam tenaga kerja, WAO menggesa kerajaan perlu melindungi pemohon pekerjaan daripada diskriminasi dan memperkenalkan sekurang-kurangnya 7 hari cuti paterniti dalam pindaan ke atas Akta Kerja.
Perlindungan kepada pemohon kerja daripada diskriminasi adalah sangat penting kerana wanita sering menghadapi diskriminasi ketika temuduga kerja.
Kira-kira 40 peratus wanita yang ditemubual berkata, penemuduga bertanyakan soalan sekiranya mereka hamil atau bercadang untuk hamil, menurut tinjauan WAO.