Menurut Laporan Daya Saing Global 2019 (GCR) – Malaysia berada pada tangga ke-27 daripada 141 negara daripada skor keseluruhan.
Menerusi Forum Ekonomi Dunia, Malaysia telah jatuh 2 anak tangga berbanding tahun lalu dengan dengan kedudukan ke 25 daripada 140 buah negara.
Bagi aspek skor keseluruhan, Malaysia telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2 mata kepada 74.6 mata bagi pertumbuhan ekonomi. Antara sektor yang menyumbang adalah infrsatruktur, penerimaan teknologi komunikasi, kestabilan makro-ekonomi, pasaran produk, pasaran buruh, sistem kewangan kesihatan modal insan serta kepuayaan inovasi.
Laporan GCR 2019 juga turut menyatakan kekuatan utama Malaysia adalah kekal sebagai kestabilan ekonomi makro, sistem kewangan dan kesihatan modal insan.
Seterusnya, kedudukan Sepanyol pada tangga ke 23 dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula pada kedudukan 25 – sekali gus telah menolak Malaysia turun dua tempat dalam senarai CGR.
Perihal inimenyaksikan penambahbaikan sebanyak 1.1 dan 1.6 mata untuk mencapai skor keseluruhan masing-masing dengan catatan 75.3 dan 75 mata.