Artikel

KPM: Hampir 60% Graduan Masih Menganggur

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maslee Malik – berdasarkan catatan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) bagi tahun 2018, hampir 60 peratus siswazah peringkat pengajian Ijazah pertama masih lagi menganggur setelah setahun menamatkan pengajian mereka.

Seramai 30,765 orang atau 59.9 peratus daripada 51,365 graduan didapati masih lagi tidak bekerja.

Isu ini timbul bagi menjawab persoalan apakah tindakan susulan kerajaan bagi menangani isu lambakan graduan yang menganggur.

Menjawab persoalan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan saringan awal ketat seperti kajian analisis ke atas permintaan pasaran akademik. Penelitian ini akan menentukan sama ada ia wajar ditawarkan atau dilupuskan.

Malah menurut pengamatan Jabatan Khidmat Awam (JPA), Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM), serta Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) – saringan ini perlu dijalankan bagi mengambil kira keperluan tenaga mahir dalam bidang tertentu.