Artikel

Eco World Catat Jualan Melebihi paras RM6 Bilion

Eco World Development Group Berhad dijangka mencatatkan jualan melebihi RM6 bilion sepanjang tempoh 2019 dan 2020.

Angka ini adalah sasaran asal mereka.

Perkara ini diumumkan oleh Presiden dan CEO Eco World Datuk Chang Khir Wah.

Chang menyifatkan penjualan rumah dan aset lain oleh Eco World telah naik untuk suku ketiga tahun ini, iaitu di antara Julai dan September 2019.

“Kebanyakan penjualan telah berlaku sepanjang tempoh enam bulan yang lalu,” kata Chang.

“Untuk tahun 2019, sasaran kami adalah mendapat jualan mencecah RM2 bilion,” tambahnya lagi.