Mydin Turut Sedang Menguji Dompet Digital Mereka Tersendiri

Written by Aman · 29 sec read
Mydin eWallet

Mydin merupakan salah satu kedai serbaneka yang popular di Malaysia, dan mempunyai 73 cawangan di seluruh negara. Dengan perkembangan teknologi, Mydin sebelum ini telah bekerjasama dengan pihak Boost dalam menerima bayaran berasaskan nirtunai di kedai-kedai mereka.

Mydin eWallet

Kini, selain dompet digital pihak ketiga, Mydin dilihat turut sedang membangunkan penawaran dompet digital mereka tersendiri. Aplikasi dinamakan Mydin eWallet telah pun tersedia di Google Play Store dan Apple AppStore pada hari ini, walaubagaimanapun pengguna masih belum boleh mendaftar untuk menggunakannya buat masa ini.

Melalui paparan skrin yang dipaparkan, dompet digital Mydin ini dilihat akan membolehkan pengguna membuat tambah-nilai, dan menggunakannya dalam melakukan pembayaran di kaunter kedai serbaneka Mydin. Pada masa yang sama, pengguna dilihat turut boleh mengintegrasikan kad ganjaran Mydin pada aplikasi berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Mydin akan melancarkan dompet digital tersendiri mereka secara rasminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *