Dalam Belanjawan 2020, kerajaan telah mengesyorkan bahawa harga minima untuk rakyat bukan Malaysia beli diturunkan ke RM600 ribu dari RM1 juta sebelum ini.
Sebab kerajaan ingin mengurangkan harga minima ini adalah untuk membantu penjualan rumah di Malaysia yang dilaporkan sedang banyak kosong dan tidak dibeli.
Perkara ini telah menyebabkan ramai pihak merungut dengan mengatakan bahawa mengapa Belanjawan Negara harus hiraukan permintaan pembelian rumah oleh warga asing.
Susulan pembentangan Belanjawan 2020 ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin berkata perkara ini masih sedang diteliti.
“Setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk meneliti perkara ini (harga minima dari RM1 juta ke RM600 ribu),” kata Zuraida.
Ini menggambarkan satu situasi di mana kerajaan negeri mungkin mempunyai kuasa untuk menidakkan kehendak kerajaan pusat, dalam isu harga minima penjualan rumah kepada warga asing.
Menteri Besar Selangor YB Amiruddin Shari juga mengatakan yang sama.
“Kerajaan negeri (Selangor) sedang meneliti cadangan ini, dan kami masih dalam perbincangan bersama pihak tertentu samada untuk turunkan had ini atau kekalkan kepada paras minima kerajaan negeri iaitu RM2 juta,” kata Amiruddin.