Artikel

Kerajaan Tidak Akan Kenakan Cukai Secara Berleluasa

Kerajaan telah umum di parlimen bahawa mereka tidak akan mengenakan cukai lebihan dan cukai tambahan secara berleluasa dalam jangka masa terdekat ini.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng.

Isu ini timbul susulan komen dari pihak pembangkang tentang apakah tindakan kerajaan susulan perang dagangan antara AS dan China yang semakin genting.

AS dan China merupakan rakan dagangan Malaysia yang terbesar selain Singapura.

“Kerajaan akan memperuntukkan perbelanjaan dan akan menggunakan wang negara dengan baik. Kami tidak akan membelanjakan wang yang kami tidak ada,” kata Lim Guan Eng, dalam sebuah wawancara televisyen dengan Bloomberg TV.

SAMURAI BON

Dalam pada sama, Guan Eng menyifatkan penjualan Bon Samurai, sebuah dana yang telah dipersetujui dengan Kerajaan Jepun, sebagai kritikal.

“Kerajaan akan mula menjual Bon Samurai seawal tahun hadapan, dan akan teruskan usaha kami dalam mendapatkan kembali wang yang telah dicuri melalui skandal 1MDB,” tambah beliau lagi.

Belanjawan 2020 telah dibentangkan pada Oktober 11 lalu, dan telah mendapat rata-rata sambutan yang memuaskan oleh badan penarafan antarabangsa.