Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), para pengguna kini boleh melakukan semakan status kelayakan Program Subsidi Petrol PSP bermula esok.
Menerusi kenyataannya lagi, program subsidi ini dapat dimanfaatkan oleh 2.9 juta individu.
Para pengguna boleh mula layari portal rasmi KPDNHEP – psp.kpdnhep.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan untuk proses semakan tersebut.