Artikel

Sasaran 60% Tenaga Kerja Wanita Sekali Lagi Menjadi Tumpuan

Menerusi pembentangan Belanjawan 2020 pada minggu lalu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng – Terdapat pelbagai inisiatif baru yang telah diberikan bagi membantu peningkatan kesejahteraan wanita dan keluarga.

Menurut beliau, tenaga buruh wanita harus dipertingkatkan lagi. Ini adalah pemangkin kepada menjadi sebuah ekonomi yang lebih baik dan status negara maju.

Terkini, data menunjukkan kadar penyertaan wanita pada pasaran buruh berada pada tahap 55.2 peratus bagi tahun 2018, berbanding lelaki pula mencatat tahap 80.4 peratus bagi tempoh yang sama.

Sasaran negara adalah untuk menjadikan angka 55% ini kepada 60% dalam jangka masa terdekat.

Kemahiran wanita dilihat memberangsangkan namun ia tidak menjadi keutamaan buat pasaran buruh negara.

Di samping itu, terdapat pelbagai rangkumanĀ  kajian yang memperlihatkan jurang penyertaan ekonomi bagi kedua-dua jantina ini, di mana ternyata peluang ekonomi lebih memihak kepada lelaki berbanding wanita.

Berikutan kenyataan itu, kementerian memandang serius dari semua isu penganiayaan dan penindasan terhadap wanita bagi semua sudut. Seterusnya, mengharapkan isu ini dapatĀ  ditangani dengan lebih baik.

Melalui pengenalan inisiatif pada Belanjawan 2020, kementerian mengharapkan dapat membantu dari segi peningkatan penglibatan wanita dalam ekonomi. Sekali gus dapat merapatkan jurang perbezaan antara lelaki dan wanita pada arena pasaran buruh ekonomi.