CGS-CIMB menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai membawa sedikit berita baik untuk korporat di Malaysia.
Ini kerana terdapat lebih banyak perkara yang positif berbanding negatif dalam belanjawan ini. CGS-CIMB berkata perkara ini adalah benda yang tidak dijangka.
Dari persepsi korporat, antara perkara positif termasuk perbelanjaan untuk sektor teknologi, hartanah, dan kereta. Perkara negatif adalah kenaikan harga minima di bandar-bandar besar dan kekerapan untuk memenangai nombor ramalan.
NEGATIF
Belanjawan 2020 mengurangkan kadar kekerapan Agensi Nombor Ramalan (Number Forecast Operators atau NFO) boleh mengadakan hari perjudian, dari 11 kali setahun, ke lapan kali setahun.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut kerajaan mengurangkan kekerapan hari perjudian boleh dilakukan. Sebelum ini, kerajaan mengurangkan dari setiap 23 hari kepada 11 kali setahun (atau sekali setaip 33 hari setahun).
Selain itu, kerajaan mengesyorkan gaji minima dinaikkan ke RM1,200 sebulan di bandar-bandar besar di negara.
Tujuan kerajaan berbuat demikian adalah untuk meningkatkan kadar pendapatan bagi golongan B40 di bandar yang dikatakan semakin meruncing.
POSITIF
Kerajaan melancarkan #MalaysiaKerja atau [email protected] Di bawah inisiatif ini, kerajaan akan melancarkan empat teras pekerjaan, iaitu [email protected]; [email protected]; [email protected]; dan [email protected]
Selain itu, kerajaan berikan pelbagai insentif kepada korporat untuk menikmati ganjaran dalam memberikan pekerjaan kepada para pekerja warganegara dan usaha untuk mengurangkan daya saing untuk pekerja luar dikurangkan.