Artikel

Pasaran Optimis Susulan Pembentangan Belanjawan 2020

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas beberapa hari belanjawan 2020 dibentangkan.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1780/1810 berbanding dolar AS daripada 4.1840/1870 pada Jumaat lepas.

Ringgit bagaimanapun didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding yen kepada 3.8589/8627 daripada 3.8691/8729 ketika ditutup pada Jumaat lepas dan tinggi berbanding euro kepada 4.6054/6104 daripada 4.6103 / 6153.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0459/0489 daripada 3.0438/0471 pada Jumaat lepas dan rendah berbanding pound British kepada 5.2618/2672 daripada 5.2292/2346.

PASARAN OPTIMIS

Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini sejajar dengan pasaran tunai yang kukuh, kata peniaga.

Pada 9.20 pagi, bulan semasa Oktober 2019 meningkat 10 mata kepada 1,568, November 2019 menambah 9.5 mata kepada 1,568, Disember 2019 menokok 9.0 mata kepada 1,570.5 dan Mac 2020 naik 6.0 mata kepada 1,566.

Jumlah dagangan sebanyak 749 lot manakala kepentingan terbuka pada 27,573 kontrak.

Petunjuk penanda aras FBM KLCI, meningkat 10.35 mata kepada 1,567.21 selepas 27 minit dagangan.