Artikel

Belanjawan 2020: Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Subsidi Petrol

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah suatu program pemberian subsidi ke atas produk petrol RON95 secara bersasar kepada penerima yang layak sahaja.

Pelaksanaan program ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam membantu bagi meringankan bebanan isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Program ini juga bertujuan untuk membentuk bantuan kewangan kepada rakyat bagi menangani peningkatan kos sara hidup yang tinggi.

Ini adalah kriteria kenderaan bagi mereka yang layak di bawah Program Subsidi Petrol:

Manakala bagi kadar dan kuota subsidi petrol pula sebanyak:

  • Kereta penumpang: RM0.30 seliter @ RM30 bagi kuota 100 liter sebulan
  • Motosikal: RM0.30 seliter @ RM12 bagi kuota 40 liter sebulan

Bagi kelayakan pula:

  • Individu perlu memiliki tidak melebihi 2 kereta dan 2 motosikal yang layak. Dan akan menerima PSP bagi satu kenderaan sahaja.

Turut difahamkan, tarikh pelaksanaan PSP akan bermula pada Januari 2020 mengikut dua fasa. Iaitu pembayaran pertama akan dibuat pada bulan April 2020 nanti.

Bagi pengguna yang ingin membuat permohonan atau semakan kelayakan, boleh layari pada portal psp.kpdnhep.gov.my atau hubungi talian 1800-886-800 bermula 15 Oktober 2019 ini. Maklumat permohonan akan diumumkan kemudian.