Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menerima peruntukan sebanyak RM4.9 bilion.
Daripada jumlah peruntukan tersebut, perbelanjaan mengurus adalah sebanyak RM3.5 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan adalah sebanyak RM1.4 billion.
Peruntukan bagi MOA telah naik sebanyak 10.9% bagi tahun 2020 berbanding dengan peruntukan belanjawan 2019 yang diberi sebanyak RM4.4 bilion.
Antara penumpuan yang diambil untuk sektor pertanian bagi tahun 2020 termasuklah pemberian elaun dan skim bagi para petani dan nelayan yang masih diteruskan serta langkah pemodenan bagi meningkatkan produktiviti mereka.
Di antara penumpuan bagi sektor pertanian pada tahun 2020 adalah:
- RM855 juta untuk sektor padi. Ini termasuk RM796 juta bagi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) dan Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP). Subsidi Padi Bukit/Huma juga akan diteruskan
- RM152 juta untuk nelayan. Ini termasuk Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang telah dinaikkan dari RM200 kepada RM250 sebulan
- RM150 juta juga diperuntukkan sebagai galakan program integrasi tanaman seperti cili, nanas, kelapa dan tembikai dan buluh
- RM43 juta untuk Industri Pertanian 4.0 bagi membangunkan baka yang berkualiti dan berproduktiviti tinggi
- RM30 juta untuk penghasilan beras padi pulut di Langkawi