Artikel

Belanjawan 2020: Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 Berjumlah RM299,020 Juta

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan – Lim Guan Eng telah memperlihatkan jumlah peruntukan persekutuan sebanyak RM299,020 juta.

Di mana peruntukan tersebut terbahagi kepada perbelanjaan mengurus sebanyak RM241,020 juta (57.9%) yang terdiri daripada perbelanjaan tanggungan sebanyak RM67, 884 juta (22.7%) atau perbelanjaan bekalan RM173,136 juta (57.9%) dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM58,000 juta (19.4%).

Anggaran Perbelanjaan Mengurus

Peruntukan ini diagih mengikut objek-objek am merangkumi:

  • Emolumen : RM82,611 juta (34.3%)
  • Perkhidmatan dan Bekalan : RM38,546 juta (16.0%)
  • Aset : RM650 juta (0.3%)
  • Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap : RM117,957 juta (48.9%)
  • Perbelanjaan lain : RM1,256 juta (0.5%)

 

Anggaran Perbelanjaan Pembangunan

Peruntukan ini diagih kepada:

  • Cara Langsung: RM53,468 juta (92.2%)
  • Pinjaman : RM2,532 juta (4.4%)
  • Simpanan Luar Jangka : RM2,000 jut (3.4%)

 

Anggaran Perbelanjaan Mengikut Sektor 

Anggaran Perbelanjaan Mengurus 

  • Pentadbiran : RM18,903 juta (7.8%)
  • Ekonomi : RM17,047 juta (7.1%)
  • Sosial : RM97,634 juta (40.5%)
  • Keselamatan : RM27,048 juta (11.2%)
  • Tanggungan Tertentu & Bayaran Pindahan : RM80,388 juta (33.4%)

Anggaran Pembangunan

  • Pentadbiran : RM3,356 juta (5.8%)
  • Ekonomi : RM31, 019 juta (53.5%)
  • Sosial : RM15,068 juta (26.0%)
  • Keselamatan : RM6,557 juta (11.3%)
  • Peruntukan Simpanan Luar Jangka : RM2,000 juta (3.4%)