Tema Rang Undang-undang Pembekalan 2020 kali ini adalah dengan Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke arah Kemakmuran Bersama. Dibawah pembentangan Belanjawan 2020 terdapat empat teras yang digariskan sebentar tad ioleh Menteri Kewangan – Lim Guan Eng. Antaranya adalah:
Teras 1 : Memacu Pertumbuhan ekonomi Dalam Ekonomi Baharu Dan Era Digital
- Strategi 1 : Menjadikan Malaysia sebagai Pilihan Utama Destinasi Pelaburan
- Strategi 2: Mempercepatkan Ekonomi Digital
- Strategi 3: Memperkukuh Akses kepada Pembiayaan Perniagaan
- Strategi 4: Mengukuhkan Kepelbagaian Ekonomi
Teras 2 : Pelaburan Ke Atas Rakyat – Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
- Strategi 5: Meningkatkan Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Malaysia
- Strategi 6: Memodenkan Pasaran Buruh
- Strategi 7: Pelaburan dalam Pendidikan dan Bakat
Teras 3: Mewujudkan Masyarakat Yang Bersatu, Inklusif dan Saksama
- Strategi 8: Pembangunan Inklusif – Peruntukan RM10.9 bilion untuk pembangunan luar bandar
- Strategi 9: Ke Arah Perkhidmatan Kesihatan Yang Lebih Baik
- Strategi 10: Meningkatkan Ekosistem Pengangkutan
- Strategi 11: Meningkatkan akses kepada perumahan
- Strategi 12: Perpaduan melalui Sukan
- Strategi 13: Mempromosikan Kelestarian Alam Sekitar
Teras 4: Memulihkan Institusi dan Kewangan Kerajaan
- Strategi 14: Komitmen Terhadap Konsolidasi Fiskal
- Strategi 15: Memperkukuhkan Institusi, Tadbir Urus dan Integriti
Oleh yang demikian, Belanjawan yang dibentangkan pada hari ini telah mengambil kira kesemua cabaran tersebut. Untuk meningkatkan kemampanan pertumbuhan ekonomi, negara memerlukan dasar perindustrian yang lebih komprehensif.
Ekoran daripada langkah-langkah Belanjawan, ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan KDNK diunjur berkembang 4.7 peratus pada tahun ini dan meningkat 4.8 peratus pada tahun 2020. Manakala kadar inflasi pula dijangka terus terkawal pada dua peratus bagi tahun 2020.
Malah, belanjawan ini telah dirangka bagi mengoptimumkan kesan pertumbuhan ekonomi – bagi penghasilan peluang pekerjaan dan sekali gus memulih kembali kedudukan fiskal dalam jangka sederhana.