Artikel

Belanjawan 2020: Sarawak Tidak Menghantar Wakil Ke Sidang Pembentangan

Menurut pelaporan oleh The Star pada pagi Jumaat menunjukkan tiada pihak kerajaan Sarawak yang akan menghantar mana-mana wakilnya untuk pembentangan Belanjawan 2020.  

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg turut tidak akan hadir.  

Semua pemimpin parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan menteri kabinet negeri akan berada di Miri pada jam 6 petang untuk menghadiri sambutan ulang tahun ke-88 Tun Abdul Taib Mahmud, yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Oktober 2019.

Timbalan Presiden PDP Datuk Nelson Balang Rining berkata kerajaan tidak menjangkakan akan memperolehi banyak peruntukan dari Putrajaya dalam Belanjawan 2020 kali ini.

“Tidak, kami tidak akan pergi ke Kuala Lumpur, untuk pembentangan Belanjawan 2020. Sepertimana Putrajaya tidak akan memberi banyak perhatian kepada Sarawak,” katanya.

Ketua informasi SUPP Adam Yii berkata SUPP juga tidak mengirim salah satu dari wakil mereka.

Ketua Wanita PBB Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata kerajaan Pakatan Harapan gagal menyampaikan banyak janji peruntukan kewangan mereka kepada Sarawak seperti yang dijanjikan semasa PRU14.

“Kami tidak melihat dana masuk ke negeri ini, yang boleh kami belanjakan adalah belanjawan negeri kami sendiri yang akan dibentangkan di dewan negeri tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita di Kuching.