Artikel

Malaysia Airlines Akhirnya Terbitkan Penyata Kewangan Tahun 2018

Malaysia Airlines Berhad (MAB) akhirnya telah menerbitkan penyata kewangan tahunan 2018 mereka yang sangat dinanti-nantikan oleh para penganalisis industri penerbangan.

Menurut laporan Financial Daily, sebuah ringkasan laporan ini telah diberikan kepada agensi kredit CTOS.

Dalam ringkasan ini, MAB telah mengalami kerugian bersih yang berkurangan sebanyak 2.5% tahun demi tahun.

Kerugian MAB pada tahun 2018 adalah RM812.1 juta, berbanding dengan kerugian pada tahun 2017 sebanyak RM791 juta.

Pendapatan meningkat sedikit tahun demi tahun sebanyak 0.8% ke RM8.7 bilion bagi 2018.

PENINGKATAN PENERBANGAN KE BEIJING

Selain itu, MAB mengumumkan bahawa mereka akan mempertingkatkan frekuensi penerbangan Kuala Lumpur – Beijing, dari tujuh kali seminggu, ke sepuluh kali seminggu.

Peningkatan frekuensi penerbangan KL-Beijing ini didorong oleh peralihan operasi penerbangan MAB dari Beijing Capital International Airport (PEK) ke Beijing Daxing International Airport (PKX).

MAHB LAPOR PENINGKATAN PENUMPANG

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) pula melaporkan bahawa terdapat peningkatan penumpang untuk bulan September sebanyak 7.6% tahun demi tahun ke 8.35 juta penumpang.

Impak jerebu dilaporkan sebagai minima dalam pertumbuhan penumpang ini.