Seperti yang dinantikan, pada jam 4 petang ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan Belanjawan 2020.
Rakyat sedia maklum, peruntukan yang diberi pada Belanjawan 2019 adalah berjumlah RM314.5 bilion dengan tema – Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera.
Rentetan itu, ramai pihak menantikan pengumuman inisiatif bagi peruntukan Belanjawan 2020 kali ini – Adakah ia mampu menampung kos sara hidup rakyat? Apakah inisiatif peruntukan kali ini dapat membantu peningkatan kualiti hidup kepada masyarakat?
Seterusnya, rata-rata penganalisa ekonomi mengharapkan pengumuman belanjawan kali ini berteraskan kepada matlamat kerajaan untuk membawa pertumbuhan ekonomi negara pada tahap yang lebih baik.
Perihal ini dikaitkan dengan janji kerajaan Pakatan Harapan untuk membaikpulih kedudukan fiskal Malaysia menjelang 2022.
Malah peranan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) pula dilihat memberi cerminan untuk pembentangan Belanjawan 2020 kali ini dengan fokus kepada penyusunan ekonomi semula dan merapatkan jurang antara gologan T20 dan B40.
Bagi mengetahui maklumat lanjut, saksikan pembentangan Belanjawan Malaysia 2020 pada jam 4 petang ini dan ikuti kemaskini Rnggt dari semasa ke semasa.