Akhbar Bloomberg telah melaporkan bahawa Axiata tidak ada pelan untuk bergabung dengan mana-mana pihak dalam jangka masa terdekat.
Axiata Group Bhd telah gagal untuk bergabung dengan Telenor, di mana anak syarikat kedua pihak ini, Celcom (untuk Axiata) dan Digi (untuk Telenor) sepatutnya menjadi syarikat telco terbesar di Malaysia.
Antara sebab mengapa Axiata gagal bergabung dengan Telenor adalah kerana kegagalan untuk mencari jalan tengah berkenaan dengan isu saham milik, cara untuk mengembangkan perniagaan di Asia, dan lain-lain lagi.
Akhbar Bloomberg berkata keengganan Axiata untuk bergabung dengan mana-mana pihak dalam jangka masa terdekat ini, adalah untuk seluruh Kumpulan Axiata. Ini bermakna, edotco – syarikat menara mereka – dan XL Axiata – syarikat Indonesia mereka – juga tidak akan bergabung dengan mana-mana pihak.
Penangguhan ini dilaporkan adalah untuk tahun ini.
Sebab utama Axiata tidak mencari peluang penggabungan adalah kerana mereka hendak menumpukan perhatian dalam memperbaiki status kewangan dan perniagaan mereka.