Tenaga Nasional Berhad (TNB), melalui anak syarikat mereka TNB Energy Services Sdn Bhd (TNBES) akan memasang sehingga 100 stesen cas kereta elektrik.
TNBES akan melakukan ini melalui satu kerjasama dengan Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) dengan kadar pelaburan sekitar RM1.5 juta.
Pengarah Urusan TNBES, Dr Ahmad Jaafar Abd Hamid berkata, sehingga kini, terdapat 14 stesen ChargEV yang telah dipasang, manakala 35 stesen lagi telah dikenalpasti tetapi belum mendapat kelulusan lagi.