Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan pemintaan rakyat untuk menurunkan kadar cukai dan meningkatkan subsidi pada masa yang sama adalah suatu perkara yang mustahil.
Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika perbincangan Pra-Belanjawan 2020. Menerusi senarai cadangan yang diperolehi, responden mahukan cukai yang lebih rendah dan subsidi yang lebih tinggi terutamanya ke atas barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak dan lain-lain memasak.
Menurutnya, harus ada keseimbangan antara cukai dan subsidi agar negara dapat menghasilkan pendapatan dan memberi subsidi.
Rakyat tidak boleh mendapatkan cukai yang lebih rendah dan kemudian meningkatkan subsidi.
“Pihak kerajaan cuba untuk mengurangkan cukai tetapi kerajaan mesti memiliki wang terlebih dahulu,”
“Subsidi akan diberikan kepada semua orang, namun ia mesti diberikan kepada kumpulan yang memenuhi kelayakan sahaja”.
Tun turut berkata meskipun individu tersebut tergolong dalam kalangan B40, masih ada sesetengah pihak yang tidak memerlukan subsidi, dan kerjaan akan meneliti butiran ini tentang siapa yang berkelayakan bagi penerimaan subsidi daripada kerajaan.