Widad Business Group (WBG), telah menawarkan untuk membeli pegangan konsesi PLUS Expressways Bhd bersama dua pilihan.
WBG merupakan sektor pengurusan kemudahan bersepadu dan konglomerat pembinaan.
Pilihan pertama adalah pengambilalihan 51% saham Khazanah untuk RM1.5 bilion dalam pertimbangan tunai, di mana baki 49% akan menjadi pemegang saham awam yang dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), manakala yang kedua adalah pengambilalihan penuh Khazanah dan saham KWSP pada 100% saham untuk RM3 bilion dalam pertimbangan tunai.
Menurut pelaporan The Star, Widad menyatakan cadangan pengambilalihan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 9 Oktober 2019, semalam.
Sekiranya WBG berjaya mengambil alih, kumpulan ini akan mengurangkan caj tol semasa sebanyak 25% hingga 40%. Ini sejajar dengan manifesto Kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.
WBG turut berhasrat membantu Kerajaan dengan menghapuskan pampasan hutang Kerajaan kepada PLUS yang bernilai RM338.5 juta pada 31 Disember 2018 lalu.
Kedua-dua tawaran itu termasuk pengecualian pampasan tol bernilai RM 2.7bil yang ditanggung oleh Kerajaan bagi pemansuhan tol di Plaza Batu Tiga dan Bukit Kayu Hitam
Antara lebuhraya yang terlibat dalam syarikat konsesi PLUS Expressways Bhd adalah seperti berikut:
- PLUS Highway (PLUS)
- Expressway Link Kedua (LINKEDUA)
- Jambatan Pulau Pinang
- Pautan Pusat Lebuhraya Utara Selatan (ELITE)
- Lebuhraya Butterworth Kulim (KLBK)
- Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)
WBG turut mencadangkan pemberian diskaun sebanyak 50% bagi tambang tol sempena musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali pada masa akan datang.