Artikel

Eksport Sarung Tangan Getah Susut Untuk Tahun Ini

Unjuran penjualan sarung tangan getah buatan Malaysia untuk pasaran asing akan susut tahun ini.

Menurut Persatuan Pembuatan Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), jangkaan eksport susut ke 188 bilion keping sarung tangan dari 195 bilion.

Angka 188 bilion eskport tahun ini masih tinggi berbanding tahun lepas, iaitu 172 bilion.

Sebab mengapa ini berlaku adalah termasuk tenaga buruh yang berkurangan. Untuk bulan Januari hingga Jun tahun ini, export Malaysia susut 4.5% kerana syarikat pembuatan sarung tangan getah tidak mempunyai buruh yang mencukupi, kata MARGMA.

MARGMA mempelawa kerajaan untuk benarkan industri ini mengupah lebih ramai pekerja asing, sambil memastikan syarikat industri ini patuh kepada prinsip tenaga buruh Kesatuan Eropah (EU).

Berdasarkan angka susutan yang diberikan di atas, ini bermakna terdapat pertumbuhan sebanyak 9.3% tahun-ke-tahun di dalam eskport sarung tangan getah Malaysia ke pasaran asing.

Ini merupakan satu pertumbuhan yang sejajar dengan jangkaan penganalisis yang menjangka pertumbuhan akan berlaku di antara julat 8% dan 10%.