Artikel

Tan Sri Dr Zeti, Antara Pengasas Bersama Syarikat Sewa-Kereta Flux

Flux telah dilancarkan di Malaysia hari ini.

Ia merupakan sebuah syarikat sewa kereta, di mana pengguna membayar yuran langganan bulanan kepada syarikat itu, dan boleh memiliki mana-mana kereta pilihan selama sebulan.

Flux ditubuhkan pada tahun 2018, dan diasaskan bersama oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dan Aziz Ayman.

Antara kereta yang disenaraikan oleh Flux di laman webnya, termasuk kereta Mercedes-Benz, Toyota, dan lain-lain. 

Contoh yuran langganan adalah seperti RM1,189 sebulan untuk Toyota Yaris; RM4,017 sebulan untuk Mercedes-Benz CLA 45; dan RM6,132 sebulan untuk BMW 520i.

Flux mendakwa, kesemua isu penyelenggaraan akan dikendalikan oleh syarikat itu. Insuran juga diberikan oleh Flux kepada pelanggan mereka.

Kereta-kereta yang disenaraikan oleh Flux bukan semuanya baharu. Ada yang mempunyai hingga lebih 30,000 km perjalanan dan ada yang mempunyai hanya 30 km di odometernya.

Flux berkata selain rakyat Malaysia, mereka yang bukan rakyat Malaysia juga boleh menjadi ahli yuran langganan mereka. Kesemua pelanggan harus mempunyai kad kredit, nombor telefon, dan merupakan 25 tahun ke atas.

Layari: Laman web Flux