Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) telah mengumumkan Dr. Fary Akmal Osman selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan yang baharu.
Untuk makluman anda, Dr. Fary telah dimajukan oleh lima panel pegawai kanan KPW yang telah menemuduga enam calon untuk jawatan berkenaan.
Panel ini diketuai oleh Datuk Seri Saripuddin Kassim – Ketua Setiausaha KPW. Turut serta sebagai panel adalah Datuk Seri Amir Husein – Pengerusi Perbadanan Labuan.
Kelima-lima ahli panel temuduga ini telah sebulat suara memilih Dr Fary sebagai calon sesuai untuk jawatan berkenaan. Perihal ini adalah berdasarkan pengalaman dan kelayakan yang ada pada beliau.
Sebelum ini, Dr. Fary pernah berkhidmat di luar negara dalam kapasiti sebagai pegawai tadbir dan diplomatik. Kemudiannya beralih kepada jawatan Penasihat Ekonomi di pejabat MITI di Bangkok. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia (KKM).