Artikel

Moody’s Rendahkan Status Penarafan Sime Darby Plantation Berhad Dari ‘Stabil’ ke ‘Negatif’

Moody’s Investors Service, sebuah firma penarafan antarabangsa, telah memberikan taraf ‘negatif’ kepada Sime Darby Plantations Berhad (SDP). 

Moody’s mengekalkan status SDP sebagai pengeluar bon bertaraf Baa1.

Sebelum ini, SDP ditaraf sebagai ‘stabil’.

“Sebab Moody’s merendahkan penarafan mereka untuk SDP adalah kerana mereka khuatir metrik kredit bon AS$1.5 bil keluaran kumpulan syarikat SDP semakin lemah untuk tempoh enam hingga dua belas bulan akan datang, meskipun SDP akan mengurangkan hutang mereka sebanyak RM1 bil susulan penjualan aset mereka,” kata Maisam Hasnain, Naib Presiden dan Penganalisis Moody’s.