Artikel

Syed Mokhtar Al-Bukhary Beli Permit Utusan, Kosmo

Aurora Mulia Sdn Bhd, sebuah syarikat terkait dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dilaporkan membeli 70% saham Dilof Sdn Bhd.

Dilof adalah syarikat yang memegang permit Utusan dan Kosmo.

Utusan dan Kosmo, secara bersama, membentuk lebih separuh penerbitan akhbar Bahasa Malaysia di negara ini.

Ini susulan berita bahawa Aurora Mulia telah membeli 31.22% saham Media Prima, pada 23 September tahun ini.

Anak Tan Sri Syed Mokhtar, Syed Danial merupakan salah seorang pengarah di Aurora Mulia. Aurora adalah syarikat persendirian dan tidak tersenarai di mana-mana bursa.