Artikel

TH: Lebih 700 Ribu Akaun Pendeposit Tidak Aktif Sejak Tahun 2012

Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengenalpasti lebih 700,000 akaun pendeposit TH yang melibatkan jumlah simpanan sebanyak RM60.4 juta tidak melakukan sebarang transaksi melebihi tujuh tahun berturut sejak tahun 2012. 

TH menasihatkan para pendeposit untuk mengaktifkan kembali akaun masing-masing dengan melakukan sekurang-kurangnya satu transaksi simpanan atau pengeluaran wang pada mana-mana cawangan TH. Iaitu mana-mana kaunter seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB di seluruh negara. 

Pendeposit juga boleh menyemak kembali status akaun mereka pada saluran tersebut dengan hanya menggunakan kad pengenalan mereka. Sekiranya akaun tersebut masih tidak diaktifkan setelah tarikh 1 November 2019, ia akan dipindahkan pada Akaun Dormant (Tidak Aktif) dan kumpulan akaun ini tidak akan memperoleh sebarang manfaat selaku pendeposit Akaun Aktif TH. 

Menurut peruntukan seksyen 23(2) Akta Tabung Haji 1995, amaun yang dipindahkan ke Akaun Dormant masih lagi dapat dituntut dan dibayar kepada pendeposit TH.

Pihak TH sentiasa memberi peringatan kepada paa pendeposit untuk memastikan akaun mereka kekal aktif, mengemaskini data peribadi dan penamaan waris. Perihal ini bagi memudahkan TH untuk menghubungi pendeposit atau waris berkenaan penghantaran surat tawaran haji. 

Sebarang pertanyaan berhubung status akaun atau perkhidmatan TH, orang ramai boleh menghubungi pada talian 03-62071919.